Tuesday, December 18

Boarding School Anyo !

ARE YOU FREAKING KIDDING ME??? NO NO NO. I'LL PASS MRSM




Penempatan Pelajar

1. Para pelajar yang telah ditempatkan di tempat yang disediakan pada hari pendaftaran tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Warden.

2. Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pendaftaran, setiap alatan tersebut hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai Borang Penyerahan Alatan kepada pelajar. Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kosnya oleh para pelajar.

3. Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disediakan dan disebabkan oleh pelajar akan dikenakan bayaran gantirugi dan jika tidak diketahui pelajar yang merosakkanya, semua pelajar di dalam asrama berkenaan harus bertanggung jawab menggantikannya atau membayar gantirugi.



Penempatan Bilik

1. Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.

2. Kad asrama ( locker tag ) mesti dilekatkan pada " locker ".

3. Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.

4. Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.

5. Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak Maktab sahaja boleh ditampar di dinding.

6. Cadar dan sarung bantal-bantal berwarna putih hendaklah sentiasa dipasang.

7. Selimut hendalkah dilipat dan diletakkan di hujung katil.

8. Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.

9. Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama / bukan di dalam blok.

10. Barang-barang seperti beg , kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.

11. Dilarang meletak buku , kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu.

12. Kasut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang disediakan.

13. Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian tersebut akan dirampas oleh pihak berkuasa asrama.

14. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas dimulakan.





Penggunaan TV

Jadual menonton TV adalah seperti berikut :

______________________________________________________

Hari Khamis : 9.00 malam - 11.30 malam

Hari Jumaat : 9.00 malam - 11.30 malam

Hari Sabtu : 9.00 pagi - 6.00 petang

______________________________________________________

No comments: